current games

Selamat Datang ke Debak

Debak, sebuah pekan kecil yang komprehensif dan membangun terletak di antara Betong dan Saratok. Dengan menyelusuri Lebuhraya Pan-Borneo, Debak kini dapat diakses dengan jalan darat berturap. Dengan status sebagai sebuah daerah kecil, Debak menawarkan pelbagai kegiatan sosio- ekonomi kepada penduduk di sekitar kawasannya.

            Sungai Rimbas yang mengalir lesu di dada Debak merupakan nadi utama perhubungan Debak dengan kawasan di sekelilingnya. Kegiatan pertanian merupakan ikon utama pekerjaan penduduk Debak. Sesuai dengan peredaran masa dan tahap intelek yang semakin tinggi, 35 peratus dari penduduk Debak sudah berkarier di sektor kerajaan, swasta dan menjadi usahawan.

            Dilengkapi dengan kemudahan asas, Debak juga menjadi tumpuan kepada penduduk disekitar kejiranan daerah dengan pelbagai keunikan dan keistimewaan. Komposisi penduduk yang merangkumi Melayu, Iban dan Cina cukup menjadikan Debak sebuah kawasan yang mesra dan meriah.

            Laman web ini lebih memfokuskan kehidupan dan peradaban masyarakat Melayu Saribas di Debak. Di Debak, terdapat beberapa penempatan Melayu yang menjadi sebahagian gugusan kelompok Melayu Saribas. Antaranya Debak sendiri yang terdiri dari Kampung Babu, Kampung Bungey, Kampung Lalang dan Kampung Debak Laut. Selain dari itu, Dit, Tuie dan Serabang juga merupakan penempatan Melayu Saribas di Debak.

Latest News