Kembali ke Laman Utama

Seperti juga di daerah kecil lain, pentadbiran Daerah Kecil Debak diletakkan di bawah pentadbiran seorang Pegawai Tadbir Sarawak (SAO - Sarawak Administration Officer ), En. Frank Lani yang bertanggungjawab mentadbir Daerah Kecil Debak dan dibantu oleh seramai 12 orang kakitangan.

Selain itu, ia turut dibantu oleh Ketua Masyarakat,Ketua Kampung dan Tuai Rumah ( Ketua Rumah Panjang ) yang mewujudkan satu "telecommunication bridge" antara masyarakat setempat dengan kerajaan melalui pentadbiran Daerah Kecil Debak.

Sejak pentadbiran di daerah kecil ini diwujudkan sekitar tahun 1960-an, pelbagai projek pembangunan telah dilaksanakan dan sehingga kini telah memberi kemudahan dan keselesaan kepada penduduk berjumlah kira-kira 11,218 orang.

Sejak 1970, berikut adalah antara SAO yang pernah berkhidmat di Debak.

1. Wahab bin Aziz
1971 - 9.7.1972
2. Dolhan bin Yunus
10.7.1972 - 26.11.1972
3. Hj. Ibrahim bin Morshidi
27.11.1972 - 16.5.1973
4. Mohd. Syukur bin Yusuf
16.5.1973 - 6.10.1977
5. Johari bin Bujang
7.10.1977 - 30.11.1980
6. Arfan bin Ahmad
1.12.1980 - 10.2.1984
7. Ambrose Lamit
11.2.1984 - 1.1.1988
8. George Gaun Guri
2.1.1988 - 11.3.1992
9. Wilson Spilak
12.3.1992 - 6.11.1994
10. Awg. Japari bin Awg. Narawi
7.11.1994 - 30.10.1995
11. Bujang ak Ladi
15.2.1996 - 28.8.1998
12. Racha Balang
1.9.1998 - 2005
13.

Frank Lani - sekarang

Kembali ke Laman Utama

 

 

 

 
Copyright © 2006 nemovyna.inc . Hak Cipta Terpelihara.